Sunday, September 1, 2013

Apakah maksud R4BIA?

Mungkin ada lagi rakan-rakan yang sedang bertanya-tanya tentang simbol 4 jari R4BIA yang dijadikan sebagai DP oleh pemilik-pemilik laman sosial seperti facebook kan? Jadi hari ni aku nak cerita sikit mksud-mksud simbol 4 jari ini serta tujuannya.


r4bia

Maksud simbol 4 jari ini (R4BIA)

  • Perkataan Rabi'ah ataupun arba'ah ini adalah berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud angka 4. Angka 4 ini dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan, dan persatuan untuk seluruh dunia bagi mencintai kebebasan.
  • Simbol 4 jari ini juga untuk mengenang akan markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta.
Pelancarannya.

Simbol 4 jari ini telah dilancarkan pada 17 Ogos 2013 oleh Perdana Menteri Turki sendiri iaitu Recep Tayip Erdogan. Simbol ini telah dilancarkan untuk mengecam keras perbuatan yang dilakukan oleh tentera junta Mesir di Ramses Square dan Masjid Fatih.

Bagi para pemilik DP di laman sosial juga mungkin memasang simbol ini sebagai menunjukkan keprihatinan mereka ke atas pergolakan yang berlaku di Mesir. Dengan ini, ia dapat memberi kesedaran ke atas orang lain supaya mendoakan umat Islam di sana. Wallahhualam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...