Tuesday, September 3, 2013

Cara Pengiraan Zakat Pendapatan

Zakat merupakan rukun islam yang ketiga yang wajib ditunaikan oleh umat Islam yang cukup syarat-syaratnya sejak tahun kedua hijrah lagi. Bahkan di dalam Al-Quran Allah telah menengaskan tentang kewajipannya dengan menggandingkan kefardhuan zakat dengan fardhu solat: "Maka dirikanlah olehmu solat dan tunaikan zakat ". Ia juga dianggap sebagai tunjang kepada kestabilan ekonomi umat Islam disamping merupakan satu wadah untuk penyucian diri dari sifat-sifat tamak dan sumber harta yang diperolehi dari segala unsur yang syubhah. Dengan zakat umat Islam yang kurang upaya dapat turut menguasai rezeki yang Allah limpahkan disamping orang lain.   Zakat yang dikeluarkan ialah Zakat Pendapatan, Zakat Harta/Simpanan, Zakat Emas, Zakat Padi, Zakat Ternakan, Zakat KWSP, Zakat Saham dan Fidyah. Zakat ini akan diberikan kepada 8 golongan yang layak menerimanya. Antaranya ialah Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Riqab (memerdekakan hamba), Gharimin (berhutang pada jalan Allah), Fi Sabilillah (berjuang di jalan Allah) dan Ibnu Sabil (musafir yang terputus bekalan yang diluluskan oleh syarak).

" wahai orang-orang yang beriman! nafkanlah (keluarkanlah zakat) apa apa hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian yang kami keluarkan dari bumi untukmu."
Surah Al-Baqarah: 267

 Contoh cara pengiraan zakat pendapatan :-

a.    Kaedah A :
2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun.
Contoh :

RM 3,000.00 X 12 bulan  = RM 36,000.00
Kadar zakat yang dikenakan ialah
RM 36,000.00 X 2.5%  = RM 900.00 setahun.
RM 900.00/ 12 bulan  = RM 75.00 sebulan.

b.    Kaedah B
Pendapatan setahun ditolak dengan keperluan hidup (asas) setahun.

Contoh :
Si A berkahwin
Gaji si A RM 3,000.00 sebulan X 12 bulan = RM 36,000.00 setahun.
Ditolak keperluan hidup :
- Diri (Setahun) RM 8,000.00
- Isteri (Setahun) RM 3,000.00
- Anak (Setiap seorang) RM 800,00
Jumlah RM 11,800.00 ditolak dengan gaji kasar setahun = 

RM 36,000.00 setahun– RM 11,800.00 = RM 24,200.00

Kadar zakat yang dikenakan ialah :
RM 24,200.00 X 2.5 = RM 605.00 setahun
RM 605.00 setahun dibahagikan kepada 12 bulan = 
RM 50.42 sebulan.

UNTUK RENUNGAN
sabda Rasulullah SAW

" Peliharalah harta kamu dengan mengeluarkan zakat....."

" Sesiapa yang Allah kurniakan kepadanya harta dan dia tidak mengeluarkan zakatnya, pada hari kiamat kelak, harta itu akan menjelma sebagai seekor ular  bisa yang botak dan mempunyai dua taring. Ular itu akan membelitnya sambil berkata: akulah hartamu, akulah hartamu yang engkau tidak mengeluarkan zakat keatasnya..."
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...