Thursday, August 29, 2013

Untuk suami-suami, bakal suami dan diriku sendiri: abai tanggungjawab sebab cetek ilmu


kisah buat suami biar reti baser sikit..ingat bini kuli ke hoii
Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"
Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"
Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"
Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"
Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"
Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"
Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"
Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"
Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"
Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"
Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"
Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"
Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"
Muin : "Hoh, layan suami je?"
Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"
"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"
Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"
Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."
"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."
Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"
Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"
"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"
"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"
"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"
Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"
Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"
"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"
"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"
Muin : "Ooooo, baru aku tau"
Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"
"Ingat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."
Wallahualam

Giveaway 2013 By Jaja


Hadiah-hadiahnya adalah :

1. Polaroid kamera
2. T-shirt printing long sleeves / short sleeves (Guess)
3. Voucher RM40 for Pizza Hut

 Jom try, mana taw da rezeki =)

Wednesday, August 28, 2013

12 Tips Jimatkan Petrol Anda

Sekarang neh penggunaan kenderaan banyak ja kt mana-mana negara pon. Termasuklah kat negara kita Malaysia neh. Kereta adalah salah satu kenderaan yang semakin banyak di Malaysia neh. Ini mungkin disebabkan bidang automotif semakin meningkat. Sekarang juga telah banyak kelab-kelab permotoran yang ada kat negara kita neh. Jadi bila dah kita ada kenderaan mestilah kita nak isi petrol kan untuk membolehkan kereta kita bergerak? Hari ini aku nak kongsi dengan korang semua tentang cara untuk jimatkan petrol kereta korang. Aku dapat cara-cara neh setelah aku cari info dalam internet, akhbar dan lain-lain.

kerete jimat petrol

1. Isi petrol dengan penuh setiap kali.
Ok. Bila korang isi petrol korang dengan penuh terus, petrol yang korang isi tuh tak akan terpeluwap di ruang yang ada dalam tangki korang tuh. Jika ada petrol yang meruap bermaksud petrol korang tadi tak dpat dibakar dengan sempurna. Jadi dengan cara isi petrol dengan penuh dapat menjimatkan petrol korang tuh.

2. Periksa tekanan angin tayar.
Pastikan korang periksa seminggu sekali tekanan angin tayar korang tuh. Ini kerana apabila tayar korang terlalu kempis ataupun terlalu banyak angin, kereta korang akan jadi berat berbanding biasa. Dah jadi berat macam mana nak jimat petrol kan?

3. Ringankan beban.
Ok. Maksud ringankan beban disini bukan ringankan orang dalam kenderaan tuh. Hehehe. Tapi korang keluarkan ja la mana-mana barang yang korang tak guna tuh. Letak dalam kereta pon semak ja kan. Dalam masa yang sama dapat la jimatkan petrol korang jugak dalam 2-3%.

4. Panaskan enjin.
Ha. Yang neh korang kena ingat. Sebelum korang drive kereta korang tuh eloklah panaskan enjin kereta korang tuh dalam 30 saat ja.

5. Pasangkan "Fuel Pressure Regulator".
Korang pasangkan la satu alat tambahan sikit macam "Fuel Pressure Regulator" neh. Alat ini boleh bantu laraskan tekanan minyak korang tuh. Jadi mudah lah korang nak tengok pressure petrol korang tuh.

6. Servis ikut jadual.
Jika korang rajin servis kereta mengikut jadual yang ditetapkan, memang tiptop la kereta korang. Servis neh kalo korang nak tahu boleh jimatkan kereta korang jugak malah kereta korang akan jadi lebih ringan. Enjin pun akan tahan lebih lama.

7. Tutup tingkap dengan rapat.
Ingat setiap kali korang nak drive kereta, pastikan tingkap kereta korang rapat semuanya. Ini kerana apabila korang drive dengan tingkap yang tak ditutup rapat, angin daripada luar akan masuk ke dalam dan menambah beban kereta korang. Jadi kalo nak lebih aerodinamik baik tutup tingkap dengan rapat ya.

8. Jangan brek mengejut.
Yang neh orang muda selalu buat. Nak tau time bila? Bila lagi. Masa nak kejar lampu isyarat la kan. Tengok kuning ja terus laju. Tengok-tengok tak sempat nak lintas da kena brek mengejut. Kan da tak jimat petrol tuh.

9. Bijak guna gear.
Ha bab neh ramai orang hentam ja. Kadang-kadang ada yang rpm da naik sampai 5 stay tak nak tukar gear. Enjin mengerang gila punya kuat da. Jadi kat situ berat la keta korang. Naik bukit pulak jangan la pi masukkan gear 4. Masukkan gear 2 atau 3 cukup la ok.

10. Pandu kereta pada kelajuan tetap.
Kalo korang nak drive kereta tuh, drive la ikut kesesuai jalan eyh. Janganlah kejap 140km/j kejap 80km/j. Better korang nek kereta korang tuh dalam 70-80km/j ja. Selamat duit minyak, selamat nyawa korang. Ingatlah orang yang tersayang. Hehehe.

11. Matikan enjin.
Bila korang rasa korang berhenti di satu tempat dalam masa yang lama, korang matikanlah enjin korang tuh. Tak guna pon hidupkan enjin kan? Bukan saja korang dapat jimat petrol malah dapat kurangkan pencemaran asap.

12. Kongsi kenderaan.
Ha yang neh bagus. Daripada korang keluarkan banyak-banyak kenderaan korang utk ke mana-mana, baik korang share kenderaan ja kan. Bukan setakat dapat jimat petrol ja, malah korang jugak dapat jimatkan masa bersesak di jalan raya.

OK lah. Sekian saja post aku kali neh. Semoga korang dapat mencuba dengan jayanya ok!





Tuesday, August 27, 2013

5 cara untuk simpan duit secara terancang

simpan duit

Duit neh bagi aku antara benda yang penting jugak la bagi aku. Tak tau la plak bagi korang macam mna. Ada juga aku dengar dari orang kuat berbisnes cakap, "duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan duit". Sedangkan nak masuk toilet sekarang pon kena 20sen. Tapi, seperti yang kita tahu bukannya senang nak simpan duit neh. Bila ada duit ja, ada ja halangan bak bagi kita simpan duit. Nak beli itu la, nak beli ini laa. Mana la nak cukup. Gaji RM3000 pon tak cukup. So, hari ini aku nak share sikit la dengan korang semua tips-tips nak jimatkan duit neh.

1.Rancang Perbelanjaan.
Ya. Korang perlu rancang perbelanjaan korang. Contohnya aku sebagai student, so aku tidak ada income aku sendiri lagi. Aku cuma ada duit biasiswa sja. Jadi aku perlu berjimat cermat la kan. Untuk pengetahuan korang, first skali kita kena tahu dulu berapa budget kita untuk sebulan. Contohnya korang budget sebulan RM600. Sehari korang boleh guna dalam RM20. Korang simpan siap-siap 20% X RM20=RM4(simpanan untuk jangka masa panjang). RM3 korang budget la untuk duit minyak kenderaan korang. Duit topup korang budget sehari RM2. Tapi korang topup la dalam masa sminggu skali. Jadi sekarang yg ada kt tangan korang RM11. RM1 korang simpan jugak (ini duit untuk kecemasan). Tinggal lagi RM10 tuh la duit untuk makan korang sehari. Jadi setiap bulan duit simpanan untuk jangka masa korang ada la dalam RM120.

2.Buka akaun ASB.
Ok. Jika korang dah berjaya dengan langkah yang pertama, korang bukalah akaun simpanan tetap pula. Aku syorkan korang buka akaun ASB. Korang nak wat simpanan guna duit korang pon boleh, korang nak wt ASB loan pon boleh. Tapi kalo nak untung banyak baik korang buka akaun ASB. Untung boleh berlipat ganda lagi kalo korang pndai manage and blajar dekat internet @ dekat kawan-kawan korang yg pndai manage duit. Untuk pngetahuan korang, setiap bulan duit RM120 yang korang simpan tuh kalo korang wat bayar ASB loan, korang mmpu wt ASB loan sehingga RM20,000. Kalo dividen setahun 8%, korang da bole dapat RM1600 da setahun. Banyak tuh kalo kehidupan anda student seperti saya. Tapi kalo korang da keja memang lbih lagi la korang boleh wt. Insya Allah.

3.Belilah Emas.
Satu lagi cara untuk korang jaga duit yang korang simpan daripada ditelan inflasi, beli dan simpanlah emas. Emas neh sangat berguna untuk masa depan kita semua. Bukan setakat tidak susut nilai sja, malah emas ini amat berguna untuk korang simpan untuk kahwin, pergi haji dan lain-lain lagi. Lebih lagi korang tengoklah sekarang hrga emas semakin lama semakin menaik, bukan semakin menurun! Erm kalo korang nak ikut rancangan aku, dapat ja duit dividen korang untuk tahun pertama tuh, korang ambil duit tuh dan belilah emas. And korang trus bayar loan ASB korang tuh mcam besa. Kalo bole korang targetlah setahun 10gram. Ok apa setahun 10gram untuk seorang student. Kalo dah kerja, target simpan lebih lagi ok!

4.Kerja Part Time.
Bukan semua orang senang. Ada ramai jugak orang susah. Jadi kalo korang ingin cari pendapatan yang lebih bagi menampung kos pembelajaran korang, korang wt la kerja part time. Banyak kerja part time yang boleh korang wt. Antaranya kerja pam minyak, McD, KFC dan lain-lain lagi. Selain tu, korang juga boleh wt bisnes part time kalo korang rjin. Contohnya, buat sandwich ka dadih ka, kemudian korang jual kt asrama korang. Nak mudah lagi korang wt bisnes topup. Banyak cara sebenarnya kalo korang nk simpan duit neh. Mahu dengan tak mahu ja.

5.Elakkan Berhutang.
Ini sangat penting. Kalo korang betul-betul nak simpan duit, elakkan hutang-piutang neh. Gunakan duit korang tuh untuk keperluan shaja. Sebenarnya berhutang neh ada addicted dia sndri. Tak percaya try korang  berhutang skali. Silap-silap korang tak terbayar hutang korang malah korang akan tambah hutang plak. Jadi macam mna nak simpan duit kalo asyik berhutang ja. Jadi beringat lah sebelum terkena ok!

Jadi jika korang betul-betul berazam nak simpan duit ikutlah tips-tips aku seperti diatas. Tips-tips simpan duit ni aku dapat setelah mempelajari daripada kawan aku sendiri. Semoga tips yang aku bagi neh dapat la bantu korang ya. Dapat info baru lagi nanti aku update lain ok. Sekian, selamat beramal. Hehe.

Monday, August 26, 2013

Tingkatkan trafik blog anda dengan cara mudah


Korang cari traffik? Kecewa dengan traffik korang yang sekejap naik sekejap turun, atau tak naik naik tu? Kita sama! Korang mesti kerap cari cara nak menaikkan traffik tu kan. Apa kata sekarang ni kita cuba cara lain pulak. Cara ni bagi Saya memang tak pernah tengok lagi, tapi best!Saya jumpa cara ni kat blog BungaSyurga^^. Jom try cara ni! Cara cepat menaikkan traffik blog korang!
p/s : baca entri ni sampai habis dulu sebelum buat


trafik blog


Cara nya begini:
1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
2. Korang hanya cuma perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web korang.
  1. tengku nizam
  2. mizz shizu
  3. Myself V3 Me &
  4. Blog Hanz
  5. BiMies’s WoRLd
  6. Farah Shafiqah
  7. Qila Razak
  8. CekLa
  9. Miss Yaty
  10. Magrib Menjelma
  11. Bila Luna Berkata Kata
  12. Putera30 Photographer
  13. diariJejakaHangat
  14. BungaSyurga^^
  15. alif abdul rahman

PERATURAN!!!
1. Sebelum korang meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog korang, sila hapuskan link nombor 1.
2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.
3. Setelah itu masukkan link korang di urutan bawah (No.15).
***So urutannya jadi mcm nie. [CONTOH]
  1. mizz shizu
  2. Myself V3 Me &
  3. Blog Hanz
  4. BiMies’s WoRLd
  5. Farah Shafiqah
  6. Qila Razak
  7. CekLa
  8. Miss Yaty
  9. Magrib Menjelma
  10. Bila Luna Berkata Kata
  11. Putera30 Photographer
  12. diariJejakaHangat
  13. BungaSyurga^^
  14. alif abdul rahman
  15. Link Blog anda disini :D

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi korang pada no.15, jumlah backlink = 1

Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!! :D
***Ingat. Jangan menipu. Tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak. Pastu Jgn Lupa promote link entry ni kt member2 korang. Lagi byk lagi bagus. Kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat. Ingat lagi byk backlink kita, lagi tinggi rating kita kat google.Bila Luna Berkata Kata

Friday, August 23, 2013

Cara-cara nak meningkatkan iman

Assalamualaikum dan salam jumaat....

tingkatkan iman

Hari ini saya akan memberikan sedikit tips untuk meningkatkan iman ya. Bukan mudah sebenarnya kita nak meningkatkan iman sebenarnya. Tambahan lagi kalau orang muda yang berumur belasan dan 20-an seperti saya neh. Hehe. Erm bagi setiap umat Islam pula, kita mestilah tingkatkan iman supaya kita dapat menghindarkan diri kita daripada dosa dan di samping itu kita dapat memperbanyakkan kebaikan @ pahala kita. Ok di bawah ini ada sedikit tips untuk tingkatkan iman daripada saya ya.

Melakukan solat.
Ok. Pertama sekali untuk meningkatkan iman kita, kita mestilah melakukan segala suruhan wajib Allah s.w.t. kepada kita. Antara perkara yang wajib kita lakukan ialah solat fardhu. Memang susah untuk kita kadang-kadang untuk melakukan solat fardhu ini, terutamanya solat subuh. Tetapi kita perlu ingat jika kita hendak meminta pertolongan daripada-Nya kita perlulah melakukan juga perkara wajib. Jangan hanya minta doa sahaja tanpa melakukan solat wajib. Selain itu, solat sunat juga boleh meningkatkan iman kita semua. Jadi anda bolehlah belajar untuk melakukan solat sunat ya!

Percaya dan yakin akan kewujudan Allah s.w.t.
Apabila kita yakin akan kewujudan Allah s.w.t., kita akan mudah untuk tingkatkan iman kita nih. Kita juga akan melakukan kerja-kerja amal dengan penuh dan ikhlas apabila kita tahu wujudnya ganjaran pahala. Terdapat beberapa perkara yang dapat meyakinkan kita akan kewujudan Allah s.w.t. Antaranya adalah kewujudan alam semesta ini dengan sendirinya. Ingatlah bahawa setiap yang wujud mesti ada tuannya. Jadi Allah s.w.t. adalah tuhan yang maha agung di seluruh alam semesta.

Bertaubat atas segala kesalahan.
Setiap manusia diatas muka bumi ini termasuklah saya sendiri tidak terkecuali daripada melakukan kesalahan. Pelbagai kesalahan yang telah kita semua buat termasuklah berzina, mencuri, menipu,membunuh dan sebagainya. Ini kerana kita semua adalah manusia biasa yang tidak sempurna. Untuk membersihkan hati kita yang kotor ini, kita perlulah bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan supaya kita dapat meningkatkan iman kita. Belajarlah untuk melakukan solat taubat. Berazamlah untuk tinggal terus segala kesalahan samaada kecil ataupun besar. 

Berpuasa.
Berpuasa juga adalah merupakan salah satu cara untuk meningkatkan iman anda. Apabila kita berpuasa, kita bukan hanya menahan lapar dan dahaga malah kita juga dapat mengelakkan tubuh badan kita yang lain daripada melakukan perkara yang tidak baik. Antaranya, kita dapat menahan mata kita daripada melihat perkara maksiat. Kita juga dapat mengelakkan mulut kita daripada mengumpat atau mengata orang lain. Hal ini apabila kita berpuasa kita dapat hindari bisikan-bisikan halus para syaitan.

Memperbanyakkan zikir.
Perbanyakkanlah amalan zikir kerana amalan zikir ini dapat melembutkan hati setiap insan yang muslim. Percayalah bahawa walau macam mana keras pun hati kita, kita akan dapat melembutkannya dengan banyak berzikir kepada Allah s.w.t. Ini seterusnya dapat meningkatkan iman kita. Ucapkan Alhamdulillah setelah anda mendapat berita yang baik. Ucapkan subhanallah apabila ada melihat sesuatu yang cantik (kebesaran Allah). Berzikir ini juga dapat mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t..

Membaca dan memahami Al-Quran.
Belajarlah membaca Al-Quran dengan betul kerana Al-Quran adalah merupakan satu panduan dan mukjizat yang paling berharga untuk umat Nabi Muhammad s.w.t.. Jika anda tidak pandai membaca Al-Quran pergilah ke kelas fardhu ain yang berdekatan. Adalah wajib untuk umat Islam mempelajari Al-Quran. Sedangkan bangsa kafir pun ingin mengkaji tentang isi Al-Quran. Apatah lagi kita sebagai umat Islam. Untuk meningkatkan iman kita, kita mestilah juga memahami isi Al-Quran tersebut. Apabila kita membaca, memahami, dan melakukan segala suruhan Allah yang terdapat di dalam Al-Quran, insya Allah kita merupakan seorang yang berjaya di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Operasi sistem Turbo

Ok pada post yang kedua neh saya nak cerita la sikit tentang sesuatu sistem yang digunakan dalam kenderaan dan diidamkan oleh anak muda masa kini. Sistem yang saya maksudkan adalah sistem "turbocharger". Turbocharge ini adalah merupakan salah satu cara untuk meningkatkan prestasi kereta anda selain daripada anda menukar "engine block" daripada cc kecil ke cc besar. Hal ini kerana turbocharger ini merupakan salah satu alat pemampat gas yang digunakan untuk memaksa udara yang lebih masuk ke dalam enjin seterusnya meningkatkan kuasa kenderaan anda. Ini akan menyebabkan kereta anda lebih pick-up sewaktu memotong ataupun memecut.


operasi sistem turbo



Sistem Turbocharge ini terdiri daripada pemampat di mana pemampat ini digerakkan oleh turbin. Hal ini kerana pemampat disambungkan dengan turbin pada satu aci yang sama. Pada mulanya udara akan masuk melalui "intake manifold" lalu akan terhasilnya pembakaran dan gas ekzos. Gas ekzos yang lebih ini kemudiannya akan disalurkan kepada turbin dan seterusnya akan memutarkan pemampat. Pemampat ini seterusnya akan mengepam udara daripada gas ekzos tadi kembali memasuki "intake manifold" pada tekanan yang lebih tinggi dan dicampurkan ianya dengan udara yang baru pada setiap lejang pengambilan.

Tahap pengaliran udara pada suhu yang tinggi ini dapat mengekalkan tekanan udara di dalam "combustion chamber" walaupun kenderaan anda berada dalam kelajuan yang tinggi. Anda seterusnya dapat meningkatkan "horse power" dan pick-up kenderaan anda.

Walaupun sistem turbo ini banyak kelebihannya, tetapi ia boleh merosakkan juga kenderaan anda jika tekanan udara terlalu tinggi. Oleh itu, jika anda ingin memasang turbo anda juga mestilah memasang komponen-komponen lain yang penting iaitu wastegate, intercooler, blow off valve, turbo timer dan lain-lain lagi. Hal ini kerana komponen-komponen ini dapat dapat mengawal kelajuan putaran "turbocharger". Saya juga ingin mengingatkan bahawa enjin yang dibantu oleh "turbocharger" ini juga mestilah dijaga minyak enjinnya berbanding jika anda hanya menggunakan enjin NA (Naturally Aspirated).



Thursday, August 22, 2013

INTRO daripada saya...

Assalamualaikum w.b.t....hai semua....saya newbies dalam blogger neh.....sja ja nk try berblog neh...hilangkan tension.....hehehe....eh ada ka org nk baca blog saya yg xbrapa neh ea???hehe...erm xpa la lyan ja la....ada rzeki sy ada la org bca ya x...???erm tpi tq ea saudara saudari skalian yg tlah trserempak, trjumpa, dan trbaca blog sy neh....


Mai 'cek' nk bg pntun cket utk tuan puan, saudara saudari skalian ea....

                 Negeri Kedah negeri yg byk sawah,
                 Sawah padi sebagai sumber makanan,
                 Cek mai dari utara kedah,
                 Mai utk mncari kawan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...