Ok pada post yang kedua neh saya nak cerita la sikit tentang sesuatu sistem yang digunakan dalam kenderaan dan diidamkan oleh anak muda masa kini. Sistem yang saya maksudkan adalah sistem "turbocharger". Turbocharge ini adalah merupakan salah satu cara untuk meningkatkan prestasi kereta anda selain daripada anda menukar "engine block" daripada cc kecil ke cc besar. Hal ini kerana turbocharger ini merupakan salah satu alat pemampat gas yang digunakan untuk memaksa udara yang lebih masuk ke dalam enjin seterusnya meningkatkan kuasa kenderaan anda. Ini akan menyebabkan kereta anda lebih pick-up sewaktu memotong ataupun memecut.
Sistem Turbocharge ini terdiri daripada pemampat di mana pemampat ini digerakkan oleh turbin. Hal ini kerana pemampat disambungkan dengan turbin pada satu aci yang sama. Pada mulanya udara akan masuk melalui "intake manifold" lalu akan terhasilnya pembakaran dan gas ekzos. Gas ekzos yang lebih ini kemudiannya akan disalurkan kepada turbin dan seterusnya akan memutarkan pemampat. Pemampat ini seterusnya akan mengepam udara daripada gas ekzos tadi kembali memasuki "intake manifold" pada tekanan yang lebih tinggi dan dicampurkan ianya dengan udara yang baru pada setiap lejang pengambilan.
Tahap pengaliran udara pada suhu yang tinggi ini dapat mengekalkan tekanan udara di dalam "combustion chamber" walaupun kenderaan anda berada dalam kelajuan yang tinggi. Anda seterusnya dapat meningkatkan "horse power" dan pick-up kenderaan anda.
Walaupun sistem turbo ini banyak kelebihannya, tetapi ia boleh merosakkan juga kenderaan anda jika tekanan udara terlalu tinggi. Oleh itu, jika anda ingin memasang turbo anda juga mestilah memasang komponen-komponen lain yang penting iaitu wastegate, intercooler, blow off valve, turbo timer dan lain-lain lagi. Hal ini kerana komponen-komponen ini dapat dapat mengawal kelajuan putaran "turbocharger". Saya juga ingin mengingatkan bahawa enjin yang dibantu oleh "turbocharger" ini juga mestilah dijaga minyak enjinnya berbanding jika anda hanya menggunakan enjin NA (Naturally Aspirated).
No comments:
Post a Comment