Wednesday, August 28, 2013

12 Tips Jimatkan Petrol Anda

Sekarang neh penggunaan kenderaan banyak ja kt mana-mana negara pon. Termasuklah kat negara kita Malaysia neh. Kereta adalah salah satu kenderaan yang semakin banyak di Malaysia neh. Ini mungkin disebabkan bidang automotif semakin meningkat. Sekarang juga telah banyak kelab-kelab permotoran yang ada kat negara kita neh. Jadi bila dah kita ada kenderaan mestilah kita nak isi petrol kan untuk membolehkan kereta kita bergerak? Hari ini aku nak kongsi dengan korang semua tentang cara untuk jimatkan petrol kereta korang. Aku dapat cara-cara neh setelah aku cari info dalam internet, akhbar dan lain-lain.

kerete jimat petrol

1. Isi petrol dengan penuh setiap kali.
Ok. Bila korang isi petrol korang dengan penuh terus, petrol yang korang isi tuh tak akan terpeluwap di ruang yang ada dalam tangki korang tuh. Jika ada petrol yang meruap bermaksud petrol korang tadi tak dpat dibakar dengan sempurna. Jadi dengan cara isi petrol dengan penuh dapat menjimatkan petrol korang tuh.

2. Periksa tekanan angin tayar.
Pastikan korang periksa seminggu sekali tekanan angin tayar korang tuh. Ini kerana apabila tayar korang terlalu kempis ataupun terlalu banyak angin, kereta korang akan jadi berat berbanding biasa. Dah jadi berat macam mana nak jimat petrol kan?

3. Ringankan beban.
Ok. Maksud ringankan beban disini bukan ringankan orang dalam kenderaan tuh. Hehehe. Tapi korang keluarkan ja la mana-mana barang yang korang tak guna tuh. Letak dalam kereta pon semak ja kan. Dalam masa yang sama dapat la jimatkan petrol korang jugak dalam 2-3%.

4. Panaskan enjin.
Ha. Yang neh korang kena ingat. Sebelum korang drive kereta korang tuh eloklah panaskan enjin kereta korang tuh dalam 30 saat ja.

5. Pasangkan "Fuel Pressure Regulator".
Korang pasangkan la satu alat tambahan sikit macam "Fuel Pressure Regulator" neh. Alat ini boleh bantu laraskan tekanan minyak korang tuh. Jadi mudah lah korang nak tengok pressure petrol korang tuh.

6. Servis ikut jadual.
Jika korang rajin servis kereta mengikut jadual yang ditetapkan, memang tiptop la kereta korang. Servis neh kalo korang nak tahu boleh jimatkan kereta korang jugak malah kereta korang akan jadi lebih ringan. Enjin pun akan tahan lebih lama.

7. Tutup tingkap dengan rapat.
Ingat setiap kali korang nak drive kereta, pastikan tingkap kereta korang rapat semuanya. Ini kerana apabila korang drive dengan tingkap yang tak ditutup rapat, angin daripada luar akan masuk ke dalam dan menambah beban kereta korang. Jadi kalo nak lebih aerodinamik baik tutup tingkap dengan rapat ya.

8. Jangan brek mengejut.
Yang neh orang muda selalu buat. Nak tau time bila? Bila lagi. Masa nak kejar lampu isyarat la kan. Tengok kuning ja terus laju. Tengok-tengok tak sempat nak lintas da kena brek mengejut. Kan da tak jimat petrol tuh.

9. Bijak guna gear.
Ha bab neh ramai orang hentam ja. Kadang-kadang ada yang rpm da naik sampai 5 stay tak nak tukar gear. Enjin mengerang gila punya kuat da. Jadi kat situ berat la keta korang. Naik bukit pulak jangan la pi masukkan gear 4. Masukkan gear 2 atau 3 cukup la ok.

10. Pandu kereta pada kelajuan tetap.
Kalo korang nak drive kereta tuh, drive la ikut kesesuai jalan eyh. Janganlah kejap 140km/j kejap 80km/j. Better korang nek kereta korang tuh dalam 70-80km/j ja. Selamat duit minyak, selamat nyawa korang. Ingatlah orang yang tersayang. Hehehe.

11. Matikan enjin.
Bila korang rasa korang berhenti di satu tempat dalam masa yang lama, korang matikanlah enjin korang tuh. Tak guna pon hidupkan enjin kan? Bukan saja korang dapat jimat petrol malah dapat kurangkan pencemaran asap.

12. Kongsi kenderaan.
Ha yang neh bagus. Daripada korang keluarkan banyak-banyak kenderaan korang utk ke mana-mana, baik korang share kenderaan ja kan. Bukan setakat dapat jimat petrol ja, malah korang jugak dapat jimatkan masa bersesak di jalan raya.

OK lah. Sekian saja post aku kali neh. Semoga korang dapat mencuba dengan jayanya ok!





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...