Duit neh bagi aku antara benda yang penting jugak la bagi aku. Tak tau la plak bagi korang macam mna. Ada juga aku dengar dari orang kuat berbisnes cakap, "duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan duit". Sedangkan nak masuk toilet sekarang pon kena 20sen. Tapi, seperti yang kita tahu bukannya senang nak simpan duit neh. Bila ada duit ja, ada ja halangan bak bagi kita simpan duit. Nak beli itu la, nak beli ini laa. Mana la nak cukup. Gaji RM3000 pon tak cukup. So, hari ini aku nak share sikit la dengan korang semua tips-tips nak jimatkan duit neh.
1.Rancang Perbelanjaan.
Ya. Korang perlu rancang perbelanjaan korang. Contohnya aku sebagai student, so aku tidak ada income aku sendiri lagi. Aku cuma ada duit biasiswa sja. Jadi aku perlu berjimat cermat la kan. Untuk pengetahuan korang, first skali kita kena tahu dulu berapa budget kita untuk sebulan. Contohnya korang budget sebulan RM600. Sehari korang boleh guna dalam RM20. Korang simpan siap-siap 20% X RM20=RM4(simpanan untuk jangka masa panjang). RM3 korang budget la untuk duit minyak kenderaan korang. Duit topup korang budget sehari RM2. Tapi korang topup la dalam masa sminggu skali. Jadi sekarang yg ada kt tangan korang RM11. RM1 korang simpan jugak (ini duit untuk kecemasan). Tinggal lagi RM10 tuh la duit untuk makan korang sehari. Jadi setiap bulan duit simpanan untuk jangka masa korang ada la dalam RM120.
2.Buka akaun ASB.
Ok. Jika korang dah berjaya dengan langkah yang pertama, korang bukalah akaun simpanan tetap pula. Aku syorkan korang buka akaun ASB. Korang nak wat simpanan guna duit korang pon boleh, korang nak wt ASB loan pon boleh. Tapi kalo nak untung banyak baik korang buka akaun ASB. Untung boleh berlipat ganda lagi kalo korang pndai manage and blajar dekat internet @ dekat kawan-kawan korang yg pndai manage duit. Untuk pngetahuan korang, setiap bulan duit RM120 yang korang simpan tuh kalo korang wat bayar ASB loan, korang mmpu wt ASB loan sehingga RM20,000. Kalo dividen setahun 8%, korang da bole dapat RM1600 da setahun. Banyak tuh kalo kehidupan anda student seperti saya. Tapi kalo korang da keja memang lbih lagi la korang boleh wt. Insya Allah.
3.Belilah Emas.
Satu lagi cara untuk korang jaga duit yang korang simpan daripada ditelan inflasi, beli dan simpanlah emas. Emas neh sangat berguna untuk masa depan kita semua. Bukan setakat tidak susut nilai sja, malah emas ini amat berguna untuk korang simpan untuk kahwin, pergi haji dan lain-lain lagi. Lebih lagi korang tengoklah sekarang hrga emas semakin lama semakin menaik, bukan semakin menurun! Erm kalo korang nak ikut rancangan aku, dapat ja duit dividen korang untuk tahun pertama tuh, korang ambil duit tuh dan belilah emas. And korang trus bayar loan ASB korang tuh mcam besa. Kalo bole korang targetlah setahun 10gram. Ok apa setahun 10gram untuk seorang student. Kalo dah kerja, target simpan lebih lagi ok!
4.Kerja Part Time.
Bukan semua orang senang. Ada ramai jugak orang susah. Jadi kalo korang ingin cari pendapatan yang lebih bagi menampung kos pembelajaran korang, korang wt la kerja part time. Banyak kerja part time yang boleh korang wt. Antaranya kerja pam minyak, McD, KFC dan lain-lain lagi. Selain tu, korang juga boleh wt bisnes part time kalo korang rjin. Contohnya, buat sandwich ka dadih ka, kemudian korang jual kt asrama korang. Nak mudah lagi korang wt bisnes topup. Banyak cara sebenarnya kalo korang nk simpan duit neh. Mahu dengan tak mahu ja.
5.Elakkan Berhutang.
Ini sangat penting. Kalo korang betul-betul nak simpan duit, elakkan hutang-piutang neh. Gunakan duit korang tuh untuk keperluan shaja. Sebenarnya berhutang neh ada addicted dia sndri. Tak percaya try korang berhutang skali. Silap-silap korang tak terbayar hutang korang malah korang akan tambah hutang plak. Jadi macam mna nak simpan duit kalo asyik berhutang ja. Jadi beringat lah sebelum terkena ok!
Jadi jika korang betul-betul berazam nak simpan duit ikutlah tips-tips aku seperti diatas. Tips-tips simpan duit ni aku dapat setelah mempelajari daripada kawan aku sendiri. Semoga tips yang aku bagi neh dapat la bantu korang ya. Dapat info baru lagi nanti aku update lain ok. Sekian, selamat beramal. Hehe.
No comments:
Post a Comment