Assalamualaikum dan salam jumaat....
Hari ini saya akan memberikan sedikit tips untuk meningkatkan iman ya. Bukan mudah sebenarnya kita nak meningkatkan iman sebenarnya. Tambahan lagi kalau orang muda yang berumur belasan dan 20-an seperti saya neh. Hehe. Erm bagi setiap umat Islam pula, kita mestilah tingkatkan iman supaya kita dapat menghindarkan diri kita daripada dosa dan di samping itu kita dapat memperbanyakkan kebaikan @ pahala kita. Ok di bawah ini ada sedikit tips untuk tingkatkan iman daripada saya ya.
Melakukan solat.
Ok. Pertama sekali untuk meningkatkan iman kita, kita mestilah melakukan segala suruhan wajib Allah s.w.t. kepada kita. Antara perkara yang wajib kita lakukan ialah solat fardhu. Memang susah untuk kita kadang-kadang untuk melakukan solat fardhu ini, terutamanya solat subuh. Tetapi kita perlu ingat jika kita hendak meminta pertolongan daripada-Nya kita perlulah melakukan juga perkara wajib. Jangan hanya minta doa sahaja tanpa melakukan solat wajib. Selain itu, solat sunat juga boleh meningkatkan iman kita semua. Jadi anda bolehlah belajar untuk melakukan solat sunat ya!
Percaya dan yakin akan kewujudan Allah s.w.t.
Apabila kita yakin akan kewujudan Allah s.w.t., kita akan mudah untuk tingkatkan iman kita nih. Kita juga akan melakukan kerja-kerja amal dengan penuh dan ikhlas apabila kita tahu wujudnya ganjaran pahala. Terdapat beberapa perkara yang dapat meyakinkan kita akan kewujudan Allah s.w.t. Antaranya adalah kewujudan alam semesta ini dengan sendirinya. Ingatlah bahawa setiap yang wujud mesti ada tuannya. Jadi Allah s.w.t. adalah tuhan yang maha agung di seluruh alam semesta.
Bertaubat atas segala kesalahan.
Setiap manusia diatas muka bumi ini termasuklah saya sendiri tidak terkecuali daripada melakukan kesalahan. Pelbagai kesalahan yang telah kita semua buat termasuklah berzina, mencuri, menipu,membunuh dan sebagainya. Ini kerana kita semua adalah manusia biasa yang tidak sempurna. Untuk membersihkan hati kita yang kotor ini, kita perlulah bertaubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan supaya kita dapat meningkatkan iman kita. Belajarlah untuk melakukan solat taubat. Berazamlah untuk tinggal terus segala kesalahan samaada kecil ataupun besar.
Berpuasa.
Berpuasa juga adalah merupakan salah satu cara untuk meningkatkan iman anda. Apabila kita berpuasa, kita bukan hanya menahan lapar dan dahaga malah kita juga dapat mengelakkan tubuh badan kita yang lain daripada melakukan perkara yang tidak baik. Antaranya, kita dapat menahan mata kita daripada melihat perkara maksiat. Kita juga dapat mengelakkan mulut kita daripada mengumpat atau mengata orang lain. Hal ini apabila kita berpuasa kita dapat hindari bisikan-bisikan halus para syaitan.
Memperbanyakkan zikir.
Perbanyakkanlah amalan zikir kerana amalan zikir ini dapat melembutkan hati setiap insan yang muslim. Percayalah bahawa walau macam mana keras pun hati kita, kita akan dapat melembutkannya dengan banyak berzikir kepada Allah s.w.t. Ini seterusnya dapat meningkatkan iman kita. Ucapkan Alhamdulillah setelah anda mendapat berita yang baik. Ucapkan subhanallah apabila ada melihat sesuatu yang cantik (kebesaran Allah). Berzikir ini juga dapat mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t..
Membaca dan memahami Al-Quran.
Belajarlah membaca Al-Quran dengan betul kerana Al-Quran adalah merupakan satu panduan dan mukjizat yang paling berharga untuk umat Nabi Muhammad s.w.t.. Jika anda tidak pandai membaca Al-Quran pergilah ke kelas fardhu ain yang berdekatan. Adalah wajib untuk umat Islam mempelajari Al-Quran. Sedangkan bangsa kafir pun ingin mengkaji tentang isi Al-Quran. Apatah lagi kita sebagai umat Islam. Untuk meningkatkan iman kita, kita mestilah juga memahami isi Al-Quran tersebut. Apabila kita membaca, memahami, dan melakukan segala suruhan Allah yang terdapat di dalam Al-Quran, insya Allah kita merupakan seorang yang berjaya di dunia dan akhirat. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment