WAKTU MENUNAIKAN SOLAT TAHAJJUD
•Dilakukan selepas solat Isyak sehingga terbit fajar, tetapi waktu afdal ialah 1/3 malam yang terakhir. Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
CARA MENUNAIKAN SOLAT TAHAJUD
1. Niat Lafaz niat ialah:
أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksud: Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah taala.
2. Sekurang-kurangnya 2 rakaat satu malam atau beberapa rakaat mengikut kemampuan sama ada bersendirian atau berjemaah.
3. Pada rakaat Pertama Baca:
Al-fatihah & Al-Kafirun atau mana-mana surah.
4. Pada rakaat kedua baca:
Al-Fatihah dan Al-ikhlas atau mana-mana surah
5. Doa Selepas salam tahajjud:
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
2 comments:
nice share .. dah bule buat kan, =)
ok...wt ea...semoga sma2 dpat buat phala....
Post a Comment